Thursday, February 11, 2016

5 TANDA PENYAKIT JANTUNG SERIUS

Penyakit jantung merupakan pembunuh no.1 di negara kita. 

Kenalpasti petanda awal pada keluarga terdekat dan pastikan dibawa ke hospital dengan kadar segera. Ia akan memudaratkan dan kemungkinan boleh menyebabkan kematian sekiranya masalah jantung tersebut serius. Pastikan petanda-petanda berikut dalam ahli keluarga kita.

1. Sakit dada

Simptom ini paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengerang kesakitan di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Turut dirasakan sakit tersebut di bahagian leher, kiri bahu dan juga lengan kiri. Sakit yang tidak serius, ia mengambil masa 5 minit hingga 10 minit untuk lega. Sekiranya sakit tersebut serius, ia mengambil masa lebih dari 20 minit. Ubat bawah lidah (GTN) akan diberikan kepada pesakit untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Jika pesakit masih merasa kesakitan setelah diberi ubat tersebut, kemungkinan pesakit mengalami infarksi jantung (myocardial infarktion).

Bila sakit dada ini berlaku?
Sakit dada boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Tetapi tidak semestinya sakit dada mengalami masalah jantung. Masalah saluran makanan seperti esofogus atau gastrik juga mengalami simptom yang sama.

2. Sesak Nafas

Pesakit sering mengalami sesak nafas terutama apabila melakukan aktiviti walaupun kerja-kerja ringan. Malahan mengadu sesak nafas ketika menaiki tangga atau ke tandas sekalipun. Pesakit yang mengalami jantung gagal berfungsi (cardiac failure), sering menggunakan dua atau lebih bantal untuk tidur. Kadang-kala boleh terjaga secara tiba-tiba pada waktu malam disebabkan kesukaran bernafas.

Pesakit dinasihatkan membuat pemeriksaan doktor.

3. Bengkak kaki

Apabila pesakit mengalami kegagalan jantung berfungsi, bengkak kaki sering berlaku. Mereka mendapati kaki mereka menjadi bengkak dan berat. Jika ditekan jari pada bahagian buku lali, bentuk jari akan terhasil daripada tekanan tersebut.

4. Mudah berpeluh

Kerap berlaku pada waktu malam ketika tidur. Kadang-kala berlaku tidak kira waktu sehingga terpaksa menukar pakaian berkali-kali.

5. Sering berdebar-debar

Simpton ini tidak didapati oleh semua pesakit, namun sesetengah pesakit mengalami masalah berdebar ini.

Pesakit mungkin mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak sampai ke otak.

Semoga dengan perkongsian ini, memberi manfaat kepada semua pembaca.

Amalkan pemakanan yang sihat. Gaya hidup yang sihat.


No comments:

Post a Comment