Monday, May 16, 2016

OFFICIAL WEBSITE IS UP!

Hi semua!!

Terima kasih tidak terhingga atas support anda semua yang tak terhingga. Kerana sokongan dan keyakinan anda semua.

Dengan ini syarikat Hasyadhi telah menaik taraf website yang lebih baik untuk anda semua.

Sila layari www.hasyadhi.com

Make sure KEEP IN TOUCH WITH US!

Dapatkan Madu Asli yang berkualiti daripada HASYADHI!


Monday, March 7, 2016

Khasiat Madu





KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI


A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.


KELEBIHAN


1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.




CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

“MIRACLE ANTIBIOTIK”

KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah, disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan dengan penuh yakin.

SAPULAH MADU JIKA ANDA

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata – Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

A) IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.


Wednesday, February 24, 2016

RESIPI MADU: AYAM MASAK LEMON BERMADU

DAPUR CHIEF ADMIN

Hari ini ADMIN buat sedikit perkongsian resipi masakan AYAM MASAK LEMON BERMADU. Pasti sedap sekiranya dimasak dengan resipi khas yang ADMIN nak kongsikan disini. Agak teruja untuk berkongsi. Lagi-lagi jika anda dapat membuatnya SEDAP seperti yang diingini. WOW!!

Kenapa agaknya ADMIN buat posting resipi pula hari ini? 

Resipi hari ini ADMIN bawakan adalah resipi masakan ayam kerana ramai orang suka makan ayam. Dan ADMIN juga mendapati, kebanyakan orang makan MADU begitu sahaja. Kebanyakan orang mengetahui kelebihan dan khasiat madu ini, jadinya ADMIN kongsikan disini cara mempelbagaikan penggunaan madu dalam masakan pula.



BAHAN-BAHAN:

  1. 8-10 ketul ayam. Bersihkan. Peramkan dengan serbuk kunyit dan garam untuk digoreng.
  2. 2 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
  3. 1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan putih.
  4. 1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis.
  5. 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
  6. 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk lada hitam.
  7. 3 biji bawang sederhana besar (dikisar dengan satu cawan air).
  8. 2 biji bawang sederhana besar dihiris halus memanjang. (hiris bawang ada 3 jenis: 1.Melintang 2.Memanjang 3.potong dadu. Masakan nasi kandar biasanya dihiris memanjang dari atas kebawah supaya bila digoreng ia tidak berpisah dari kelopak).
  9. 2 sudu besar pes halia bawang putih.
  10. 3 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 5 biji cengkih dan 2 keping kayu manis 1inci.
  11. 1/2 sudu kecil garam masala ( tak dimestikan, sekiranya ada).
  12. 3 sudu besar pati oren atau sunkist.
  13. 1 biji lemon. (1/2 buat air perahan dan 1/2 lagi untuk hiasan).
  14. daun pandan (dipotong panjang 3 inci – 2 helai).
  15. 1/4 sudu kecil pewarna “merah oren”.
  16. 6 sudu besar gula pasir.
  17. Garam secukup rasa.
  18. Madu Hasyadhi untuk glazing (mengilatkan).



CARA MEMASAK:

  1. Daging Ayam yang telah peram (selama 15 minit) digoreng dengan minyak masak dengan 3/4 masak. Jangan garingkan sangat, nanti isi ayam terlalu liat. Di tepikan.
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak 3 sudu besar, bila minyak panas, masukan rempah 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih), masukkan daun pandan, masukkan bawang dihiris sehingga bawang bertukar warna kepada kuning keemasan.
  3. Sederhanakan api dapur, masukan pes halia bawang putih, diikuti serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Bila haruman menusuk hidung, masukkan air kisaran bawang. Sekiranya ingin berkuah tambahkan air. Besarkan api dapur. Biar bawang kisaran masak bersama dengan rempah-rempah. Sekiranya air bawang ini tidak masak secukup, bila hidangan yang siap masak dihidangkan kuah anda akan berbuih seperti basi. Ia sama seperti anda masak lain-lain hidangan nasi kandar menggunakan air bawang sebagai kuah, air bawang perlu masak secukup. Inilah rahsia masakan nasi kandar yang menggunakan air bawang sebagai kuah. Masakan Cina gunakan tepung jagung sebagai pemekat kuah tetapi nasi kandar gunakan air bawang sebagai pemekat kuah pekat dan masakan Indonesia pula menggunakan buah keras sebagai pemekat kuah. Masakan Melayu pula gunakan kerisik sebagai pemekat kuah. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam..hahaha!
  4. Bila kuah sedang mendidih masukkan ketulan ayam yang telah goreng masak 3/4. Masukkan gula. Kecilkan api bila kuah mula pekat.
  5. Masukan pewarna merah oren (Orange Red) bukan pewarna kuning telur. Masakan Nasi kandar gunakan pewarna ini. Ia berbentuk serbuk dan sebotol cuma harganya RM2.00. Goreng ayam berempah mamak atau nasi tomato, atau kuah rojak, kuah passembur, inilah pewarnanya. Masak ayam sehingga masak keseluruhannya. Bagaimana anda tentukan ayam anda telah masak sempurna. Bahagian ayam yang lamabat masak ialah peha ayam. Bila peha ayam masak, setkin kakinya nak atas atau berlubang pada urat bahagian bawah menunjukan ayam anda telah masak sempurna. Matikan api dapur. Masukan perahan air lemon dan air pati oren atau sunkist untuk mendapatkan wangian semula jadi.
  6. Keluarkan ayam dan hidangkan di atas pingan hidangan. Tuangkan madu hasyadhi dengan mengggunakan sudu atau berus ke atas permukaan ketulan ayam (glazing). 
Selamat mencuba

** dikongsikan daripada http://jom-kedapur.blogspot.my/2014/08/ayam-masak-lemon-bermadu.html

Tuesday, February 23, 2016

RAHSIA BATUK CEPAT SEMBUH

Batuk merupakan salah satu proses penyembuhan daripada penyakit, di mana ia membantu mengeluarkan mukus dan bakteria.

Namun begitu, keadaan semasa batuk tidak menyenangkan anda. Terdapat dua jenis batuk; batuk berkahak dan batuk tidak berkahak (batuk kering).
Cara menghilangkan batuk berbeza mengikut jenis-jenis tersebut. Berikut adalah petua menghilangkan batuk dengan cepat yang anda mesti tahu! Antara yang anda akan tahu adalah:

  • Kaedah #1: Merawat Batuk Berkahak
  • Kaedah #2: Merawat Batuk Kering (Tanpa Kahak)
  • Kaedah #3: Rawatan Cara Tradisional dan Remedi
  • Kaedah #4: Dapatkan Rawatan Doktor
  • 3 Petua Tambahan
  • 4 Perkara Yang Perlu Dielak Semasa Anda Batuk
  • Kesimpulan

JOM HILANGKAN MASALAH BATUK ANDA DENGAN CEPAT!

Kaedah #1 : Merawat Batuk Berkahak

Batuk boleh dikategorikan kepada dua jenis, berkahak dan tidak berkahak. Untuk segmen ini, petua-petua untuk menghilangkan masalah batuk yang berkahak.

1. Kenal Pasti akan Batuk Tersebut

Sekiranya anda batuk disebabkan oleh sesuatu penyakit, kebanyakan doktor enggan merawatnya. Hal ini kerana batuk boleh memainkan peranan yang besar dalam merawat sesuatu penyakit.
Batuk boleh mengeluarkan bakteria dan kuman yang menyebabkan penyakit anda. Ia bagaikan sesuatu agen merawat penyakit yang semula jadi.
Jadi, sekiranya anda mengalami masalah batuk yang berkahak, anggaplah ia sesuatu yang baik sebenarnya.
Namun, sekiranya anda tidak selesa dengan keadaan anda sekarang, teruskan membaca.

2. Guna Ubat Sapuan Vick’s Vaporub

Sapu Vick’s Vaporub pada bahagian leher dan dada. Biarkan untuk 20 minit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

3. Ambil Expectorant

Ubat ini boleh didapati dari farmasi yang berdekatan. Ubat ini boleh melegekan segala jenis mukus ataupun kahak yang terdapat pada tekak. Selepas mengambil ubat ini, pastikan anda mengeluarkan sebanyak mana kahak yang mungkin.

4. Ambil Anthistamine

Ubat ini boleh membantu melegakan demam dan selesema dan mana-mana penyakit yang boleh menyebabkan kahak. Ubat ini juga boleh membantu anda mengeluarkan kahak tersebut. Anda juga perlu tahu bahawa ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk bagi sesetengah orang.
Cuba mengambik ubat ini sebelum masuk tidur.

5. Guna Nasal Spray

Ambil nasal spray yang berasaskan salina kerana bahan tersebut boleh melegakan congestion. Seperti mana anthistamine, spray salina boleh melegakan mukus di dalam hidung dan tekak anda.

6. Hirup Kelembapan

Kelembapan boleh melegakan tekak anda daripada bahan asing. Anda boleh mencuba pilihan di bawah:
  • Mandi dengan air suam dan berendam (sekiranya boleh). Luangkan masa antara 15 hingga 20 minit menghirup kelembapan/wap yang dihasilkan oleh air suam tersebut.
  • Menggunakan humidifier. Alat ini boleh dibeli di kebanyakan kedai ubat dan farmasi. Letakkan alat tersebut berdekatan dengan anda agar boleh menghirupnya semasa anda tidur.
Sekiranya anda tidak mempunyai peralatan yang dinyatakan diatas, anda boleh mengelakkan daripada badan anda menjadi kering dengan banyakkan minum air.

7. Air Masak

Banyakkan minum air masak dan elakkan daripada mengambil minuman yang berkarbonat dan bersitrus – kerana boleh memberikan keaan yang tidak enak kepada tekak anda.

8. Pergerakan

Cuba melegakan tekak dengan sedikit pergerakan. Sekiranya anda berada di rumah dan anda mempunyai teman, gunakan teknik chest percussion untuk membantu melegakan kesesakan dada.
  • Meniarap di atas tilam ataupun tikar.
  • Minta teman anda untuk menepuk belakang anda, dari bawah ke atas. Elakkan bahagian buah pinggang.
  • Ulang untuk beberapa kali sehingga congestion anda lega.
  • Minum air setiap setengah jam.
Sekiranya langkah-langkag tersebut diamalkan dalam jangka masa yang tertentu, boleh melegakan sedikit masalah batuk anda.

9. Tunggu Sembuh Sendiri

Batuk biasanya akan sembuh secara sendiri dalam masa 2-3 minggu. Namun jika tidak, dapatkan nasihat dan cadangan daripada doktor. – Sila rujuk Kaedah #4 di bawah.



Kaedah #2: Merawat Batuk Kering (Tanpa Kahak)

Untuk segmen ini, lebih kepada cara untuk menghilangkan masalah batuk tanpa kahak, ataupun juga dikenali sebagai batuk kering.

1. Elakkan Tekak Terlalu Kering

Dengan mengawal kelembapan ketak anda boleh mengurangkan rasa untuk batuk. Antara cara-caranya adalah dinyatakan di bawah:
  • Ambil sirap batuk secara berkala, mengikut nasihat dan dos yang sepatutnya.
  • Kerapkan kemam lozenge. Bahan yang terdapat dalam lozenge boleh mengurangkan rasa untuk batuk dan mempunyai ejen penyembuh penyakit tersebut.
  • Ambil madu. Anda boleh mencampurkan madu tersebut dalam teh ataupun air masak, dan minumnya. Kaedah ini merupakan salah satu cara mengurangkan batuk yang sangat berkesan. Namun begitu, jangan madu kepada kanak-kanak di bawah umur 1 tahun.
  • Minum kordial blackcurrant. Sebaik-baiknya adalah memilih jus.
Matlamat utama adalah untuk mengelakkan tekak terlalu kering, ia boleh menyebabkan rasa gatal-gatal tekak. Jika anda tidak mempunyai perkara-perkara di atas, kerapkan minum air juga boleh diamalkan.

2. Belajar Cara Untuk Batuk Dengan Betul

Sekiranya anda mengalami masalah batuk yang terterusan, cuba teknik ini.
Jika anda merasakan yang anda akan batuk, cuba untuk batuk secara perlahan-lahan, sedikit demi sedkit. Dan kemudian, habiskan rasa untuk batuk tersebut dengan batuk yang kuat.
Rahsia disebalik cara adalah; batuk secara perlahan pada perawalan boleh mengeluarkan mukus secara perlahan-lahan dan batuk yang kuat pada akhiran boleh mengeluarkan semua mukus tersebut.

3. Gunakan Air Garam

Air garam boleh membunuh kuman dan bakteria yang menyebabkan sakit batuk tersebut. Hal ini kerana kondisi air tersebut tidak sesuai bagi bakteria untuk hidup dan membiak.
Cara-caranya adalah mudah:
  1. Campurkan 1 sudu teh garam ke dalam satu gelas air suam.
  2. Larutkan garam tersebut dengan menggaurkan larutan tersebut.
  3. Berkumur dengan air garam tersebut selama 30 saat.
  4. Ludah air tersebut (Jangan minum!).
  5. Ulang cara ini untuk 2 hingga 3 kali setiap hari.
InsyaAllah masalah batuk anda akan hilang, tidak pun akan berkurang.

4. Jumpa doktor

Sekiranya semua cara-cara yang dinyatakan di atas tidak memberikan kesan yang positif, anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor anda.
Sekiranya masalah batuk anda berterusan untuk beberapa minggu, anda perlu mendapatkan ubat yang khas untuk masalah anda. Mungkin batuk anda disebabkan oleh faktor penyakit yang lain.

Kaedah #3: Rawatan Cara Tradisional dan Remedi

Jika kaedah rawatan farmasi dan ubat-ubatan moden tidak menjadi tarikan, anda boleh menggunakan rawatan batuk secara tradisional dan remedi. Kami senaraikan beberapa cara yang kerap diamalkan oleh rakyat Malaysia dan sesuai dengan semua orang:

1. Buat Sirap/Ubat Batuk Sendiri Dengan Lemon atau Limau

Sama ada anda tahu atau tidak, anda boleh membuat ubat batuk anda sendiri. Cara- caranya adalah:
  1. Campurkan 2 sudu teh jus lemon/limau dengan 1 sudu teh madu.
  2. Kemudian, masukkan satu cubit serbuk lada merah, ataupun bawang.
  3. Telan campuran tersebut.
Rahsia disebalik cara ini adalah:
  • Madu boleh melegakan tekak anda daripada rasa gatal.
  • Jus ataupun perahan limau boleh mengurangkan inflamasi dan memberikan vitamin C untuk melawan bakteria dan kuman.
  • Serbuk lada merah boleh meningkatkan kadar peredaran darah ke tempat yang bermasalah, lantas mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Bawang mempunyai kandungan yang boleh membantu pengeluaran kahak dari badan.
Saudara Hafiz Amri dari HafizAmri.com pernah mencuba rawatan dengan limau nipis dan ianya berkesan!
Manakala dari PetuaNenek.com, kaedah penyediaannya adalah dengan mencampurkanperahan limau nipis dengan sedikit kicap manis, dan telan terus.
Cara ini adalah cadangan sahaja, sekiranya anda tidak mempunyai keyakinan untuk menjalani kaedah ini, anda boleh meneruskan membaca petua-petua yang lain di bawah.

2. Rawat Masalah Batuk dengan Bawang Putih ataupun Merah

Selain cara yang dinyatakan di atas, bawang merah juga boleh merawat masalah batuk dengan berkesan. Cara-caranya adalah:
  1. Kupas bawang merah dan potong secara kecil.
  2. Masukkan bawang tersebut bersama 4 sudu teh madu ke dalam satu bekas/mangkuk.
  3. Panaskannya bersama air sehingga mendidih.
  4. Reneh sehingga 2 jam.
  5. Ambil campuran tersebut 1 sudu teh setiap 2 atau 3 jam.
Kenapa bawang merah dan bawang putih berkesan?
Hal ini kerana bawang mempunyai ejen antimikrob yang memainkan peranan yang penting dalam melawan bakteria dan kuman yang membiak di tekak anda.
Malah, saudara Hairul (dari Hairul.com) juga pernah berkongsikan pengalaman beliau memakan bawang bakar untuk menghilangkan batuk.

3. Guna Asam Jawa

Petua hilangkan batuk dengan asam jawa merupakan salah satu amalan yang paling biasa diamalkan oleh rakyat Malaysia.
Cara penyediaannya adalah:
  1. Masukkan beberapa ketul asam jawa ke dalam air suam.
  2. Kacau campuran tersebut sehingga larut.
  3. Keluarkan biji, sekiranya ada.
  4. Minum (ataupun berkumur) air asam jawa tersebut setiap 2 atau 3 jam.
Kenapa air asam jawa berkesan?
Hal ini kerana asam jawa boleh memberikan kondisi yang tidak sesuai (rasanya agak masam) untuk pembiakan kuman, lantas mengurangkan kuman yang berada di tekak anda.
Selain senarai di atas, terdapat banyak lagi petua hilangkan batuk tanpa ubat yang berkesan.

Kaedah #4: Dapatkan Rawatan Doktor

Dalam apa-apa penyakit pun, anda tidak boleh mengabaikan kepentingan doktor. Walaupun penyakit batuk tidaklah dianggap kritikal, namun ada masanya untuk berjumpa dengan doktor.
Berikut adalah saat-saat di mana anda perlu dapatkan nasihat doktor tentang keadan anda:
  • Penyakit batuk tersebut pada bayi ataupun warga emas.
  • Batuk berterusan selama 4 minggu.
  • Kahak berdarah ataupun berwarna hijau.
  • Kerap mengalami kesukaran bernafas.
  • Sakit dada.
Masalah batuk juga merupakan salah satu simptom kepada penyakit-penyakit yang kritikal yang lain seperti asma, masalah jantung dan mungkin pneumonia.

3 Petua Tambahan

Batuk merupakan salah satu penyakit. Biasanya penyakit boleh dirawat dengan beberapa petua tambahan yang umum di bawah:
  • Banyakkan minum air masak semasa batuk – ia boleh melegakan rasa batuk dan
    mengurangkan rasa gatal-gatal tekak.
  • Banyakkan memakan buah-buahan, terutamanya adalah buahan-buahan yang
    mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi. Contohnya adalah: Limau dan lemon.
  • Semasa batuk, anda digalakkan untuk batuk ke dalam tuala tangan, untuk mengelakkan
    kuman yang dikeluarkan semasa batuk tersebut menjangkiti orang lain di sekeliling.
Sekiranya petua-petua tambahan ini diamalkan, anda akan boleh sembuh daripada penyakit batuk dengan kadar yang lebih cepat.

4 Perkara Yang Perlu Dielak Semasa Anda Batuk

Tidak dinafikan, semasa anda mengalami masalah batuk, anda perlu pantau beberapa perkara yang perlu dielak. Berikut adalah senarainya:
  • Elakkan mengambil produk tenusu – susu, keju, dan lain-lain.
  • Elakkan memakan terung dan labu.
  • Elakkan makanan yang yang terlalu pedas ataupu makanan yang berminyak (bergoreng).
  • Jauhi merokok kerana bahan dalam rokok tersebut boleh menyebabkan inflamasi.
Anda mungkin pandang remeh dengan perkara di atas, namun ia boleh memberikan kesan yang besar dalam proses penyembuhan anda. Jadi, sekiranya anda terlalu mengidam untuk memakan makanan di atas, harap bersabar. Anda akan berterima kasih kemudian hari.

Produk Cadangan – US Vicks Personal Steam Inhaler, Cough & Congestion Relief

Bagi yang mengalami masalah batuk yang biasa, kami cadangkan anda mengambil ubat batuk yang boleh didapati di klinik-klinik ataupun farmasi berdekatan.
Bagi yang inginkan rawatan yang lebih advanced dan berkesan, kami cadangkan anda mendapatkan steam inhaler,  seperti keluaran Vicks ini.

Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk menghilangkan dan melegakan masalah batuk. Tidak kiralah sama ada anda memilih kaedah konventional ataupun tradisional, asalkan cara rawatan tersebut adalah berkesan kepada masing-masing.
Harap senarai di atas membantu anda dalam masalah batuk mungkin hari ini, ataupun mungkin pada masa hadapan.
Setelah anda mencuba, janganlah segan untuk berkongsikan pengalaman anda dengan meninggalkan komen di bawah.
Ataupun, adakah anda mempunyai kaedah rawatan/petua merawat batuk yang tidak dinyatakan di atas? Sekiranya ada, harap boleh bekongsi agar orang lain juga boleh mendapatkan manfaat bersama.

ELNINO: AMARAN KESIHATAN

Cuaca Panas



  1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba.
  2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
    • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
    • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
    • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
    • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
    • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
  3. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.
    • Gejala cuaca panas melampau adalah :
      • Sakit kepala
      • Keletihan
      • Lemah tumpuan
      • Pening
      • Lemah otot–otot atau kekejangan
      • Mual dan muntah
  4. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
    • Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

      4.1 Anda Perlu :
      • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
      • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
      • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
      • Hadkan aktiviti luar
      • Kerap berehat
      • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
      • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
      • Pakai topi atau payung yang besar 
      4.2 Elakkan:
      • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
      • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
      • Bersenam dalam cuaca panas
  5.  Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah;
    • Keluar dari kawasan yang panas
    • Tanggalkan pakaian yang ketat
    • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
    • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
    • Minum air setiap 15 minit
    • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal 

Sunday, February 21, 2016

KAWAL DAN CEGAH DIABETES

MADU berupaya mengubati pelbagai penyakit kronik yang sering melanda masyarakat kini. Antara penyakit yang sering dideritai ialah penyakit Diabetes Mellitus atau kencing manis.


1. Diabetes Mellitus – Jenis 1

Jenis 1 antara maksud tubuh pesakit tidak mampu menghasilkan insulin untuk menurunkan tahap glukosa seseorang pesakit.

2. Diabetes Mellitus – Jenis 2

Jenis 2 antara maksud tubuh pesakit masih mampu menghasilkan insulin tetapi pada kadar yang tidak konsisten.

Penggunaan madu mentah lagi asli secara tidak langsung dapat membantu mencegah dan memperbaiki mutu kesihatan pesakit Diabetes Mellitus Jenis 2, selagi mana pesakit mengamalkan cara pemakanan yang betul. (Majoriti pesakit diabetes adalah Jenis 2).

Secara amnya penggunaan gula yang telah diproses (processed sugar) hendaklah dielakkan dan digantikan dengan penggunaan madu di dalam minuman dan makanan.

Secara saintifik dan klinikal, pemakanan madu yang betul secara konsisten di dalam beberapa minggu mampu memperbaiki tahap glukosa dan ‘Glycosylated Hemoglobin’ (HbA1c) seseorang. Menurut laporan Omotayo O. Erejuwa dari Jabatan Farmakologi, Universiti Sains Malaysia :

“Kesimpulannya, penjelasan dan bukti dalam hal ini menunjukkan bahawa penggunaan madu dalam pengurusan kencing manis tidak memudaratkan tetapi bermanfaat, dengan syarat bahawa pengambilan madu tulen dan semulajadi pada dos terapeutik yang sesuai.”

Proses merawat penyakit ini memakan masa minimum selama 8 minggu dan bergantung kepada tahap kesesuaian dan penerimaan tubuh pesakit itu. Dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan anda terlebih dahulu bagi mengenalpasti jenis Diabetes Mellitus anda sebelum mencuba.

Pastikan anda mendapat bekalan madu yang benar-benar asli dan mentah agar kesihatan anda sekeluarga terjamin.

KEAJAIBAN UBATAN SEMULAJADI


Fakta mengagumkan itu bukan sekadar mitos apabila sekumpulan ahli arkeologi yang membuat eksplorasi di makam yang ada di Mesir pernah menemui balang kaca berusia 2,000 tahun yang mengandungi madu dan ia masih berada dalam keadaan baik serta boleh dimakan.

Ia adalah pemanis semula jadi yang berasal daripada aktiviti lebah dan hampir satu juta tan madu dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia.

Menyingkap sejarah madu, dipercayai amalan menyimpan lebah bagi penghasilan madu sudah wujud sejak 20 juta tahun lalu berdasarkan beberapa peristiwa zaman purba yang direkodkan. Antaranya, masyarakat Mesir menjadikan bahan makanan itu sebagai alat pengorbanan dalam upacara keagamaan mereka manakala bangsa Rom pula menyapu madu pada luka mereka.

Namun, harga madu yang terlalu mahal ketika itu menyebabkan ia hanya mampu digunakan golongan kaya dan bangsawan.Ramai terkejut apabila mendapati bakteria tidak boleh tumbuh dalam madu tetapi komposisi kimia unik iaitu kandungan air yang rendah dengan kadar asid tinggi menyebabkan madu mempunyai bacaan pH antara 3.2 hingga 4.5, sekali gus menyediakan persekitaran negatif bagi pertumbuhan mana-mana jenis mikro organisma.Sebagai bahan rawatan semula jadi, madu pilihan tepat bagi meningkatkan tenaga fizikal kerana ia adalah sumber semula jadi karbohidrat yang mampu memberi kekuatan serta mengurangkan masalah lemah otot.

Kandungan gula semula jadinya juga mampu memainkan peranan penting dalam mengembalikan semula tenaga yang hilang selepas penat bersenam kerana gulanya diserap pantas. Ini seterusnya memberi tenaga segera sementara kandungan gula fruktosa yang ada di dalam madu pula diserap lebih perlahan, memberikan tenaga berpanjangan.

Oleh itu, sebelum melakukan sebarang senaman contohnya menyertai larian berjalan kaki, pengambilan sesudu madu sudah mampu memberi lebih tenaga yang boleh menyokong aktiviti berkenaan. Madu juga mampu membina sistem pertahanan badan yang baik selain kandungan antioksidan dan antibakteria yang ada padanya menggalakkan kesihatan sistem penghadaman yang membantu seseorang itu kekal sihat dan kuat untuk melawan penyakit berjangkit.

Walaupun madu bukan ubat kepada barah, ia mempunyai komponen yang mampu memberi perlindungan sewajarnya. Sejak berkurun lamanya, madu digunakan sebagai ubat semula jadi yang mampu merawat pelbagai masalah kesihatan termasuk jangkitan kulat, masalah kaki atlet dan sakit sendi berikutan ia mempunyai sifat antiseptik yang menghalang pertumbuhan bakteria tertentu dan membantu menjaga luka supaya ia kekal bersih dan bebas daripada jangkitan.

Ia juga boleh digunakan sebagai ubat semula jadi untuk merawat luka dan kulit terbakar kerana ia mampu menyerap kelembapan daripada udara serta menggalakkan penyembuhan. Sapuan madu pada kulit juga boleh berfungsi sebagai ejen antiradang yang mengurangk
an bengkak dan kesakitan termasuk parut. Sakit tekak dan batuk juga boleh mendapat manfaat daripada madu memandangkan sifat antimikrob yang ada padanya, menenangkan kegatalan serta membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan pada kerongkong.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sukar tidur malam, gabungan susu suam bersama sesudu madu sudah cukup memberi ketenangan pada tubuh, yang akhirnya dapat menggalakkan tubuh mendapat rehat secukupnya.

Madu juga boleh digabungkan dengan beberapa bahan semula jadi lain untuk merawat diri antaranya cuka yang boleh digunakan sebagai rawatan kepada pelbagai masalah kesihatan antaranya membersihkan sistem penghadaman tubuh dan membantu mengurangkan sakit artritis.

Gabungan madu bersama kayu manis pula sudah digunakan sejak berkurun lamanya dalam merawat beberapa masalah seperti mulut berbau dan keguguran rambut yang serius. Selain itu, campuran madu bersama limau nipis yang diminum ketika perut kosong atau selepas mengambil makanan berminyak, dapat membantu mengawal berat badan serta merendahkan kadar kolesterol kerana ia memecahkan lebihan lemak untuk digunakan sebagai tenaga.

Pemilihan madu bermutu tinggi penting bagi mendapat kebaikan penuh dan ciri yang perlu diberi perhatian penting adalah kandungan air yang rendah.

Ini kerana sekiranya kandungan air di dalam madu melebihi 19 peratus, ia boleh mengalami proses penapaian apabila lebihan air menyebabkan berlaku osmosis yang memaksa pembentukan yis, sekali gus menyebabkannya hilang kesegaran.Madu yang dikelaskan berkualiti tinggi selalunya mempunyai kandungan air serendah 14 peratus yang menyebabkan harganya lebih mahal di pasaran.

Antara cara untuk mengukur kandungan air dalam madu adalah dengan menterbalikkan balang madu dan perhatikan buih yang bergerak. Buih lebih cepat bergerak di dalam madu yang mempunyai kandungan air lebih banyak.

Satu cara lagi untuk mengesan madu yang berkualiti adalah melalui Hydroxymethylfurfural (HMF) iaitu bahan yang terbentuk apabila madu disimpan lama atau dipanaskan. Kandungan tinggi HMF boleh memberi petunjuk bahawa madu dipanaskan berlebihan ketika proses ekstrak dan sesetengah negara meletakkan had terhadap jumlah kandungan bahan itu di dalam madu yang diimport.

Paras HMF iaitu lebih daripada 100 mg/kg juga boleh menjadi penunjuk yang madu mungkin dicampur dengan gula lain seperti tebu atau sukrosa. Selain itu, bagi kebanyakan pengguna, madu berkualiti tinggi perlu kelihatan bersih, jelas dan bebas daripada kekotoran, misalnya madu yang mempunyai kandungan debunga yang sangat tinggi akan kelihatan kusam.

Kehadiran pencemaran yang lain seperti zarah lilin lebah, serpihan kayu dan habuk sudah tentu mencacatkan rupanya dan menyebabkan ia nampak tidak menyelerakan, seterusnya membuatkan ia dikelaskan sebagai kurang berharga.Madu turut diberikan gred mengikut warnanya sama ada cerah, gelap atau sederhana. Ia sebenarnya tidak memberi banyak makna dari segi kualiti tetapi mempunyai perbezaan rasa berdasarkan jenis bunga pada penghasilan madu itu.

Namun, madu yang mempunyai warna lebih gelap mengandungi kandungan mineral lebih tinggi seperti potassium, sodium, kalium, klorin, sulfur, zat besi, mangan dan magnesium.Kaedah penyimpanan yang baik juga mampu memberi kelebihan kepada kandungan kebaikan madu supaya ia terus berada pada tahap optimum. Sekiranya ada bahagian madu berubah seakan-akan kristal, ia sebenarnya kerana kandungan airnya tetapi ia masih dalam keadaan baik dan tidak perlu dibuang.

Sebaiknya madu perlu disimpan di tempat kering pada suhu bilik dengan penutup bekas dirapatkan bagi menjaga kualitinya, selain dijauhkan daripada pancaran terik matahari.

Wednesday, February 17, 2016

Rahsia Kayu Manis Madu Asli

 

Khasiat Madu Asli bersama Kayu Manis

Umum sedia maklum madu terkenal sebagai bahan yang berkesan mencegah pelb
agai penyakit jika sentiasa diamalkan. Ia juga adalah makanan sunnah Rasulullah s.a.w.

Selain dari itu madu asli jika dicampurkan dengan serbuk kayu manis boleh dijadikan sebagai bahan semulajadi mencegah pelbagai penyakit. Jika anda mengamalkannya selalu, inilah hasil yang akan diperoleh.

Merawat jerawat di muka.

Campurkan tiga sudu madu asli dan satu sudu kayu manis. Sapukan campuran bahan itu pada muka (yang berjerawat) sebelum tidur. Bersihkan wajah anda dengan air suam pada keesokkan pagi. Amalkan setiap hari selama dua minggu berturut-turut. Ia membantu menghilangkan jerawat bahkan kulit akan terasa lebih segar dan awet muda.

Masalah keguguran rambut

Campurkan sesudu madu dan sesudu serbuk kayu manis. Sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sehingga bersih. Hasilnya rambut lebih kuat, bersinar dan berkilau.

Masalah penghadaman

Untuk melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh badan, ambil campuran dua sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria. Ini kerana madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan satu sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini setiap pagi. Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki, ambil dua sudu makan madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan sementara untuk wanita pula ambil ½ sudu makan serbuk kayu manis dicampurkan dalam satu sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

Saturday, February 13, 2016

12 Cara Mengubati Siksaan Gusi Bengkak



Gusi bengkak memang sangat menyiksa. Banyak orang yang mengeluh tidak selesa kerana gusi bengkak. Sekarang ini banyak sekali produk yang dijual di pasaran untuk mengatasi gigi bengkak. Anda harus mengerti jika tidak semua produk yang ada di pasaran aman untuk Anda gunakan.

Lebih baik Anda menggunakan cara mengubati sakit gusi bengkak yang alami. Cara alami memang lebih aman dan tidak memiliki efek samping yang berbahaya. Sebelum mengetahui cara mengubati sakit gusi bengkak ketahi dulu apa - apa penyebab terjadinya gusi bengkak.

1) Kebersihan Mulut

Kebersihan mulut menjadi hal utama yang harus diperhatikan dalam menjaga kesihatan mulut dan juga mengatasi gusi yang bengkak. Saat anda makan maka sisa makanan akan tersekat pada cela-cela gigi dan gusi yang boleh memberikan risiko adanya bakteri yang menjadi salah satu penyebab dari gusi bengkak. Banyak sekali orang yang menganggap dengan rajin menyikat gigi maka akan menjamin kebersihan mulut juga. Namun anda harusnya tetap memperhatikan hal-hal seperti kebersihan lidah dan wilayah sekitar mulut.


2)  Kawat Gigi atau Behel

Pemakaian behel atau kawat gigi juga merupakan salah satu penyebab utama terjadinya gusi bengkak. Sebab jika memasang behel atau kawat gigi dengan sangat rapat dengan gusi maka akan memberikan tekanan yang membuat gusi bengkak dan bahkan boleh menyebabkan gatal.


3)  Makanan yang Tidak Sihat

Mengonsumsi makanan yang tidak sihat juga mempengaruhi kesihatan dan pembengkakan gusi. Oleh kerana itu makanan yang mengandung banyak gula adalah hal yang utamanya harus anda hindari.


4)  Kekurangan Vitamin

Kekurangan vitamin utamanya vitamin C merupakan hal yang boleh mengakibatkan sariawan dan juga gusi bengkak. 


5)  Masa Kehamilan

Masa kehamilan merupakan masa yang sangat berpotensi boleh merosak gigi dan juga terjadinya pembengkakan gusi. Hal tersebut terjadinya kerana ibu hamil mengalami kekurangan kandungan besi tubuh sebab harus dibagi dengan janin yang sedang dikandungnya.


Demikian penjelasan mengenai penyebab terjadinya gusi bengkak. Apabila Anda ingin mengerti cara mengubati gusi bengkak yang alami dan ampuh bacalah uraian di bawah ini.
Ketahui Cara Mengubati Sakit Gusi yang Bengkak 


1)  Menggunakan Garam

Cara mengubati sakit gusi bengkak yang pertama adalah menggunakan garam. Bahan yang satu ini memang menjadi bahan makanan yang umum untuk mengubati gusi bengkak. Anda cukup menggunakan satu sendok teh garam dan mencampurnya dengan air hangat. Aduk hingga rata dan setelah itu gunakan untuk berkumur. Lakukan secara rutin minimal 3 kali dalam sehari dan Anda akan merasakan gusi bengkak sembuh dalam waktu yang cepat.

 2) Minyak Cengkih

Cara mengubati sakit gusi bengkak yang kedua adalah menggunakan minyak cengkeh. Minyak cengkeh memang memiliki banyak manfaat untuk kesihatan. Apabila Anda akan menggunakan minyak ini untuk mengubati gusi bengkak secara cepat maka Anda harus menggunakan minyak cengkeh yang asli. Anda cukup mengoleskan minyak tersebut pada gusi yang sakit. Lakukan dengan rutin minimal 2 kali dalam sehari. Dalam waktu yang cepat gusi yang bengkak akan kembali normal.

3)  Jeruk Nipis

Cara mengubati sakit gusi bengkak yang ketiga adalah menggunakan jeruk nipis. Anda cukup menggunakan jeruk nipis yang sudah matang dan setelah itu perah jeruk nipis tersebut. Tambahkan satu gelas air hangat dan aduk hingga merata. Gunakan ramuan tersebut untuk berkumur. Akan lebih baik jika Anda menggunakan ramuan ini pada malam hari sebelum tidur dan juga pada saat Anda bangun pagi.

4)  Menggunakan Madu

Cara mengubati sakit gusi bengkak yang keempat adalah menggunakan madu. Madu adalah bahan makanan yang memiliki banyak manfaat. Dalam madu terdapat zat yang boleh membuat pembengkakan menjadi reda. Apabila Anda akan menggunakan madu untuk mengatasi gusi bengkak Anda cukup mengoleskan madu tersebut pada bagian gusi yang sakit. Oleskan minimal 3 kali dalam sehari dan setelah itu Anda akan merasakan gusi yang bengkak akan sembuh. Anda harus memastikan madu yang digunakan adalah madu alami.


5)  Bawang Merah

Cara yang terakhir adalah menggunakan bawang merah. Bawang merah juga memiliki zat yang boleh meredakan pembengkakan. Anda cukup melembutkan bawang merah dan goreskan pada gusi yang sakit. Cara yang satu ini sangat ampuh. Tetapi banyak orang yang tidak mahu untuk menggunakan cara ini kerana tidak tahan dengan rasa dan bau dari bawang merah. Anda juga boleh mencampurkan bawang merah tersebut dengan garam. 


6)   Mengunakan Lemon dan Air Hangat

Lemon dan air hangat adalah cara yang cukup ampuh, anda hanya perlu menggunakan ¼ lemon, lalu perah airnya lalu campurkan dangan ½ gelas air hangat. Kemudian kumur-kumur, lakukan cara ini 2 kali sehari maka gusi anda akan cepat sembuh dari pembengkakan.


7)  Banyak Minum Air Putih

Perbanyaklah untuk minum air putih untuk mengurangi bakteri pada mulut dan juga anda boleh menggantikan fungsi air liur yang berkurang dengan mengonsumsi air putih dengan banyak.

8)  Mengurangi stress

Kesihatan gigi dan gusi merupakan hal yang juga dipengaruhi oleh adanya stress. Maka dari itu kurangilah stess dan carilah waktu untuk refreshing dan menyegarkan pikiran anda. Dengan menghindari stress kesihatan mulut akan menjadi lebih baik.


9)  Pijatan Gusi

Anda boleh melakukan pijatan gusi pada gusi anda dengan menggunakna jari telunjuk dan memijat gusi yang bengkak dengan gerakan melingkar dan juga berulang-ulang. Namun pastikan untuk menggunakan tangan yang bersih agar tidak memicu bakteri lain pada mulut anda.


10)  Modifikasi diet

Hindarilah makana yang kurang baik bagi gusi dengan menggantikannya dengan buah-buahan yang banyak mengandung vitamin C. jadi tambahkanlah menu pada diet anda dengan mengonsumsi makanan yang mengandung banyak vitamin yang baik bagi tubuh.


11)  Mengubati Gusi Bengkak dengan Hidrogen peroksida atau baking soda

Ubat kumur boleh anda buat sendiri dengan mencampurkan air dan juga hidrogen peroksida atau baking soda. Anda boleh terbantu dengan ubat kumur tersebut boleh mengurangi rasa sakit di gusi. Anda boleh berkumur beberapa dalam kali sehari untuk mencegah produksi dan penyebaran bakteri di mulut.


12)  Kulit Andong

Kulit andong juga boleh sangat bermanfaat anda sebaiknya menyiapkan garam dapur secukupnya serta kulit dari tanaman andong. Cucilah kulit andong sampai benar-benar bersih sampai kotoran yang tertempel benar-benar hilang, anda boleh mengunyah kulit andong dan berilah garam dapur secukupnya lalu masukkan pada gusi yang sedang sakit.